Saya ingin menyatakan penghargaan sedalam dalamnya pada semua ahli yang kontribusi pada masalah domain acfk.net baru baru ini. Tanpa pengetahuan, keahlian, dedikasi, kemurahan hati dan pengorbanan banyak ahli, masalah domain ini kemungkinan tidak dapat diselesaikan.

Mereka yang paling berjasa adalah ahli yang begitu peka menangani isu-isu yang terdapat di acfk. Terutama Ketua-Ketua Zon yang telah menggunakan kuasa diplomatnya untuk membuat kutipan ihsan di zon masing masing. Walaupun sumbangan yang diinginkan tidaklah begitu besar, tetapi pengorbanan dan keikhlasan disetiap ahli tersebut, membuat sumbangan domain acfk amat diperlukan.

MasterG ingin mengucapkan terima kasih kepada DarkViper2 (Ahli Zon Japanese), ashrul_apies (Ahli Zon Sakura) dan Ahli - ahli Zon Sakura kerana membuat sumbangan terbesar. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan mereka bagi mewujudkan visi domain acfk untuk tahun ke 8.

Tahniah buat komitmen semua ahli.