Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Beri Ruang Pada Pengguna Kereta Ubah Suai
Komuniti ACFK.net Forum > PAID MEMBER SECTION > Perodua Chat
akuinsan
Beri ruang pada pengguna kereta ubah suai

SAYA terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puas hati kami sebagai pengguna kereta ubah suai terutamanya kereta nasional seperti Proton dan Perodua.

Saya bukan bermaksud menentang pihak berkuasa tetapi untuk menyatakan yang undang-undang sedia ada patut dikaji semula kerana ia telah membantutkan kreativiti serta kemahiran rakyat Malaysia yang bergiat dalam sukan pemotoran atau ubah suai aksesori kereta. Kerana jika industri pemotoran ini dimanfaatkan, ia secara tidak langsung boleh menjana pendapatan kepada ekonomi negara.

Bagi saya undang-undang yang ada perlu lebih telus dan terang serta boleh diterima akal, supaya tidak timbul kerumitan atau menyusahkan pengguna kenderaan. Ia juga dapat membanteras penyalahgunaan kuasa pihak tertentu ke atas peminat kenderaan ubah suai di Malaysia akibat ketidaktentuan undang-undang yang sedia ada.

Memang benar undang-undang adalah perlu bagi mengawal ubah suai kereta yang melampau contohnya seperti pemotongan casis, penukaran enjin yang tidak didaftarkan atau pengubahsuaian yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

Tetapi apa halnya jika hukuman dikenakan ke atas kenderaan yang menggunakan cermin yang tidak terlalu gelap, atau kereta Proton yang menggunakan bonet atau bumper Mitsubishi atau kereta-kereta golongan marhaen seperti kami yang menggunakan Kancil bermukakan Daihatsu Mira, Coure atau yang terbaru MyVi bermukakan Passo atau Boon?

Atas alasan apa kami ditahan, janganlah bagi alasan yang kereta kami tidak dapat dikenali jika berlaku apa-apa kemalangan. Kanak-kanak pun tahu yang mana satu kereta Kancil atau Proton walau telah diolah sedikit penampilannya.

Cukuplah dengan kenaikan minyak yang melampau janganlah memeras duit rakyat dengan undang-undang yang tidak relevan. Janganlah membunuh keindahan dunia modifikasi di Malaysia. Kami juga mahu seperti mana rakyat di negara lain yang mana kerajaannya menyokong industri ini kerana ia dapat menjana ekonomi.

Seru

Kepada syarikat-syarikat kereta nasional saya seru buatlah kenderaan yang disukai rakyat, bukannya kenderaan ‘syok sendiri’. Cuba buat kajian atau survei dan kepada Perodua lebih baik disalin seratus peratus reka bentuk kereta Daihatsu dari Jepun serta jangan diturunkan kualiti. Berikan kami enjin yang lebih bertenaga. Bagi kami rakyat Malaysia jika Perodua tidak mampu membuat ubah wajah yang lebih baik dan cantik maka lebih baik salin terus dari Daihatsu. Kerana disebabkan tidak kemampuan syarikat kereta nasional membuat yang lebih baiklah maka kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan wajah kereta asal yang berasal dari Jepun.

Tidakkah pihak berkuasa terfikir kenapa banyak terdapat kes kemalangan yang melibatkan kereta Kancil? Kenapa? Pernah kita terfikir yang kereta Kancil di Malaysia tidak cukup kuasa? Pernahkah anda naik dengan tiga atau empat penumpang? Dan pernahkah anda gagal bila cuba memotong kenderaan lain?. Ini menunjukkan bahawa enjin kereta ini telah diturun taraf untuk pasaran Malaysia. Kalau dilihat kereta asal Kancil ini di Jepun atau lebih dikenali sebagai Daihatsu Mira mereka menggunakan enjin yang lebih berkuasa serta bercas turbo. Cuba kita kaji kenapa mereka guna kuasa cas turbo untuk kenderaan yang sekecil ini, berlumba?. Ya, itu mungkin anggapan bagi pihak berkuasa di Malaysia. Tetapi hakikatnya mereka menggunakan enjin berkuasa turbo untuk kereta sekecil ini kerana ia perlukan kuasa ketika memotong apatah lagi jika anda memandu dengan tiga atau empat orang penumpang di dalam.

Diharap apa yang saya luahkan ini akan diambil perhatian oleh semua pihak supaya industri modifikasi dan pemotoran di Malaysia lebih fleksibel dan telus. Kasihanilah kami yang meminta supaya pihak berwajib memberi sedikit kelonggaran terhadap peminat modifikasi tempatan.

- PENGGUNA KECEWA,

Wangsa Maju,

Kuala Lumpur.
palen_22
cayalah!! 2thumbs.gif
darthmaul
malaysian car manufacturer's manufacture nasional car just for INCOME potential..not because of PASSION on car........that the problem we facing nowdays.......
otromen
Alangkah bahagia nya sekiranya ia menjadi kenyataan.......amin smile.gif
Mizi Myestro
Stuju........
armleemk
sokong!.....kalu ada feedback post lah kat sinih... smile.gif
850standet
steady ar geng... nie yang nak suh sebar 1 malaysia nie.. wink.gif)
buja
kalau benda ni lulus mcm mana gomen....j*j....p*lis....nak cari makan
abu_toing
Kalau sekadar j*j dan p*olis tu makan tak habih...
Depa byk lagi income dpd syarikat lori dan pusat2 judi di M'sia nie. dry.gif
kanceyputeh
setuju..amin sleep.gif
biggy_jb
cadangan dan pendapat yg amatt bagusssss..

harapp² akan jadi kenyataann...
zmie78
kalau betul diterima usul nya.. kurang sikit rasuah kat polis ngan jpj ni.. dan byk jugak kerja lain diaorg leh buat.. itu nak tambah usul kot ehehe
bob 3003
huh....harapan je ni...bende2 yg bleh untungkan diorang mungkin diorang leh pertimbangkan....contohnye....plet no ala2 mcm kat us...pakai nama pangkal....
zdin8054
betul tuh semua.....

kalau tak nak bagi pemilik kenderaan mengubahsuai kete mereka jangan ada pengubahsuaian spek untuk setiap negara..... ikut lah yang ori mali punya.... tengok toyota vios kat thailand yang baru ada turbo charge...tapi malaysia ada ke?
RossiFumi
QUOTE(biggy_jb @ May 7 2006, 04:13 PM)
cadangan dan pendapat yg amatt bagusssss..

harapp² akan jadi kenyataann...
*



Hmm.. tgh tgu diorang reply. agak2 apalah jawapannya unsure.gif
Lebai_turbo
engien dah register
moonroof dah register/dpt approval

agak-agak bodypart boleh dpt approval dan register dlm geran ke? ingat nak try laa....
Chevalier_Noir
QUOTE(Lebai_turbo @ May 25 2006, 08:41 AM)
engien dah register
moonroof dah register/dpt approval

agak-agak bodypart boleh dpt approval dan register dlm geran ke? ingat nak try laa....
*



wink.gif.. buat aaahh... nnt boleh ramai2 ikut... Kalau setakat kat Malaysia ni.. kalau pakai ori Daihatsu Mira pun org kata kancil... so apa masalahnye... Nak kat safety... apa.. bumper & bonet kat jepun tu lagi low quality dr yg kat mesia ke??? lain cite keta continental.. kita hentam dia, kita kemek.. dia hentam kita, kita kemek.. And of course lah jgn sampai ter-over sgt sampai masuk 6 tayar... he he he
Lebai_turbo
ako mmg dlm usaha utk dpt kan approval bodypart moderno ako ni...same direction utk dpt kan approval moonroof hari tu.....sangap sikit memikirkan implikasi jika permohonan tak lepas....
kojishima
bodipart ni AKU! rasa mmg tak lulus...sbb itu mmg daihatsu nyer registed part..nnt daihatsu saman lak kt JPJ naper luluskan pemakaian bodipart daihatsu kt perodua...

tapi setakat pakai mcm tuh naper la jpj ni tak senang duduk nk saman org....bukan nyer ubah kete tuh jadi lori...

yg betul nyer..dioarang nk duit lebih la...huhuhu....

tahun 2002,member AKU! buat permohonan kt jpj pakai bodikit Hello kitty,mmg tak lepas..tp pengarah tu kata..klau dlm area melaka..dia boleh jamin tak kene saman...tp luar kawasan..sendiri mau ingat ler....
Lebai_turbo
masa apply tu ada sertakan gambarajah or lakaran bodypart tu tak? ako ingat nak kasi gambar warna tanpa melibatkan apa-apa emblem or logo yg melambangkan benda tu bodypart dari mira.

sbb masa ako pi inspection Puspakom ari tu diorang ada mention, selagi tak de logo ayau emblem Daihatsu, tak mengapa...masa inspection Puspakom pun boleh lepas.
kojishima
mamat tu bawak gambau dgn kete2 dia sekali tunjuk kt pengarah tuh....siap amik no plate kete lagi...
AKU! rasa mmg takleh nk lulus...taktau ler...
awak dah try ker??arituh AKU! buat surat moonroof pun kene repeat 3 kali baru lulus...hehehe...!!!surat enjin kejap jer..
Lebai_turbo
ako belum try tp rasa-rasa nak try cuba....kot la boleh lepas....sbb syarat yg org Puspakom tu mmg ada logiknya. Kalau nak guna bodypart lain, jgn ada lambang atau emblem syarikat lain. masalahnya bile kita hantar permohonan, dan tak lepas....takut diorang kasi surat suruh bukak balik bodypart mira tu dan suruh gi inpection pulak...lain mintak lain yg dpt nyer nanti.

moonroof ako dulu seminggu je dah lulus....
otaijintai
ntah la...aku juz inspection enjin ajer....lain2 malas la...takut kene sita plak...
kojishima
itu ler masalah nyer...bila tak lulus..siap suruh gi inspection lak nnt....
yg AKU! rasa boleh ubahsuai bodikit ni cuma utk vintage car jer..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.