Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Makan Files...
Komuniti ACFK.net Forum > REGIONAL KCAR SEGMENT > South > Melaka & Johor Bharu
KancilBuruk
Saje ako open thread ni supaya senang buat reference kalau2 korang berada di negeri Johor dan Melaka, yang ingin mencari tempat untuk mengisi/mengalas perut.

mintak kerjasama moderator untuk pinned topik ni. kalau boleh jangan listkan kedai mamak la...dah bersepah kedai2 camtu...

ako start dulo, kalau boleh semua ikut format, OK..

1) ZZ SUP TULANG JB

Lokasi: Damansara Alif, Bukit Jepun (Jalan Petri), Hutan Bandar.

Parking: Bersepah...

Menu Special: Lontong kering rendang (Sarapan) sup gearbox, mee rebus tulang, mee rebus ayam, bandung soda.

2) NASI LEMAK BUKIT SAUJANA

Lokasi: Bukit Saujana, JB (menghadap sekolah SIGS)

Parking: Tepi jalan je...berlambak parking.

Menu Special: Nasi Lemak Ayam (panas2...)

3) GERAI SUP ABD. JABAR (bukan milik abam Kuda)

Lokasi: 'Hard Rock Cafe', Jalan Meldrum (sebelah gerai Achul)

Parking: Sila ke Wisma MBF, RM1.60 sahaja sekali masuk.

Menu Special: Segala jenis sup- ayam, daging, gearbox, lidah, torpedo. (Roti dan nasi kosong disediakan)

4) GERAI SUP DAUD

Lokasi: 'Hard Rock Cafe', Jalan Meldrum (berhadapan gerai Achul)

Parking: Atas divider Meldrum Walk pun boleh...pastu kena saman!

Menu Special: Segala jenis sup- daging, kambing, gearbox, lidah, torpedo. (Roti dan nasi kosong disediakan)

5) RESTORAN BRIYANI SHAHAB

Lokasi: Taman Universiti (belakang Nike Factory Shop)

Parking: Nak parking belakang restoren ni pun boleh...

Menu Special: Segala jenis nasi briyani- gam, ayam/daging kurma, ayam masam merah, bandung soda.

p/s: mintak korang listkan aje...jangan merapu ehh...
Perodua SponsorLink

kayree
MASAKAN KAMPUNG IBRAHIM

Lokasi : Persimpangan jalan Desaru Teluk sengat

Menu Istimewa : Asam pedas kepala ikan mayong & Belangkas

HARIS YONG TAU HU

Lokasi : Jalan kenangan Kg Melayu hadapan pau roslan

Menu Istimewa : yong tau hu
aduka
RESTORAN SRI BAYU

Lokasi : Larkin Perdana, sebelah ESSO.

Menu Istimewa : Nasi Campur pelbagai lauk pauk.

OceanMyth
1) BUBUR NASI SENTOSA

Lokasi: Tmn Sentosa, JB

Menu Special: Bubur nasik, Kerang, Lala,

2) RESTORAN TODAK

Lokasi: Megah Ria, Masai, JB

Menu Special: Seafood
KancilBuruk
1) WARUNG SIMPLE

Lokasi: sebelah Metro Parking, Jalan Abdullah Tahir. Depan carwash bersebelahan Hotel Selesa.

Parking: Tepi jalan je. kalau nak parking dalam kena tunggu Metro Parking tutup...

Menu Special: Nasi lemak ayam goreng Simple, goreng2an.

2) RESTORAN ENAM PULUHAN

Lokasi: Stulang Laut, selepas trafik light Jalan Lingkaran Dalam.

Parking: Tepi jalan pun boleh.

Menu Special: Roti sambal, mee rebus Stulang (original), honey lemon ice.

3) RESTORAN HUSSEIN DAN HANI

Lokasi: Bandar Baru Uda (dekat masjid BBU)

Parking: Ada susah skit. Kawasan paling sibuk dalam BBU.

Menu Special: Nasi lemak ayam goreng madu, nasi ayam.

4) RESTORAN REMAJA SEAFOOD

Lokasi: Bandar Baru Uda (dekat masjid BBU)

Parking: Sini parking bersepah pun takpe. janji jangan blok jalan orang.

Menu Special: Nasi goreng cina, ayam goreng remaja, chinese style seafood, 'cumi' goreng madu (baby sotong).

5) RESTORAN SWEET 17 SEAFOOD (EX.KG MD AMIN)

Lokasi: Jalan Sekoi, Bandar Baru Uda (sebelah bengkel Zaim Tyres)

Parking: Banyak...

Menu Special: Chinese style seafood, Western.
tdo4_jb
1.restoran Mandela

lokasi : pontian (koordinat: 01.366820 N /103.479768 E)
menu: seafood yg tersangat lah murah
Triple J Putih
1. Nasi beriyani Gam mat Shah ...

lokasi : Batu Pahat (dekat benteng)
menu : Nasi beriyani

2. Mee bandung Odion

lokasi :Batu Pahat ( dekat Odion lama )
Menu : mee bandung , nasi Ayam
reza
GERAI ASAM PEDAS PARIT JAWA

Lokasi: Parit Jawa Muar (pengkalan)

Menu Special: Segala jenis ikan masak asam pedas
OceanMyth
KACANG POOL LARKIN

lokasi: bersebelahan Bomba Larkin
Menu: Kacang pool..
KancilBuruk
1) WESTERN FOOD PAKCIK JERMAN

Lokasi: Food Court Kg. Melayu Majidee (depan masjid)

Parking: Tepi jalan jer...

Menu Special: Chicken Chop (murah plak tu!)

2) WARUNG GORENG PISANG MAK RAM

Lokasi: Jalan Pisang, Kg. Pasir, JB.

Parking: Tengahari ada penuh skit...dah masuk petang baru ada kosong..

Menu Special: Goreng Pisang, Keledek Cendawan + Kuah Special, Nasi Ambang, Air Durian Belanda...
gen_x
up kan sekali keluasan tpt paking tpt mkn tersebut..utk memudahkan lawatan berramai kenderaan..

sekain terima duit
KancilBuruk
QUOTE(gen_x @ Jul 25 2008, 08:28 AM)
up kan sekali keluasan tpt paking tpt mkn tersebut..utk memudahkan lawatan berramai kenderaan..

sekain terima duit
*




nanti akan diupdate oleh moderator bertauliah...tapi bukan saya...

jangan spam lagi... tongue.gif
KancilBuruk
IT ROO CAFE

Lokasi: Jalan Dhoby, Johor Bahru.

Parking: Kena berebut skit...

Menu Special: Chicken Chop paling best dalam JB!
Big
Tambah lagi long.

RESTORAN HUA MUI


Lokasi: Jalan Trus, JB

Parking: ada susah skit, kena cilok kat bgn MARA segget atau parking tepi jalan ja, (sedia kena saman)

Menu special: Mee Hailam, Nasi Goreng Cina, Chicken Chop, Roti Ban Gula tepi, Roti Bakar.. biggrin.gif
waknin60
makan kat umah pakli...sambal udang mak dia best!!! cabotttt
Sukhcore
yes !!!!! betul laaa wak...sambal udang mak dia mmg power...
fuhh..mak dia nyer buat nasik lemak pun show
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.