Help - Search - Member List - Calendar
Full Version: Pembubaran Kpkp Secara Rasmi 2009
Komuniti ACFK.net Forum > ANNOUNCEMENT & NEWS > Announcements
MasterG

No.PPP/ WKL 000106/04
No.PPP/ WKL 000604/04

Kelangsungan Kelab Pemilik Kenderaan Perodua dan kejayaan melahirkan para Ahli ahli autoracing dan auto show berbakat pada ketika dahulu bergantung kepada keberadaan sumber kewangan dari semasa ke semasa. Jika anda prihatin terhadap pembangunan generasi Kcar melalui kelab Ahli Forum Kancil hulurkan sumbangan anda.

Kelab yang merupakan kelab kereta kancil sebagaimana Pertubuhan kelab kereta di malaysia didakwa akan dibubarkan oleh pentadbiran Pemilik Kenderaan Perodua Kancil (KPKP)berkenaan.

Saya Presiden Wan Ariffuddin Bin Wan Ramli ketika menghadiri suatu perbincangan bersama Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. mengesahkan bahawa wujud usaha terancang untuk membubarkan kelab pimpinannya itu sewaktu 1 tahun yang lepas.

Wan Ariff juga memaklumkan bahawa ura-ura pembubaran kelab KPKP ini berikutan ketidak aktifan sejak 1 tahun beroperasi selepas pengistiharan kelab KPKP secara official apabila wujudnya pelbagai masalah dalam pembentukkan kepimpinan KPKP. Ini termasuk lah kes seperti... berkahwin, berpindah tempat dan menetap di sesuatu tempat yang jauh.


Oleh itu, hari ini masterg ingin memaklumkan bahawa.. Kelab KPKP tidak lagi beroperasi dan kini telah ditamatkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.


Setelah berbincang dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Forum ACFK boleh beroperasi seperti biasa. Kerana ia tidak melibatkan secara lansung dan tidak lansung melalui KPKP.

Walaubagaimanapun kelab ini terlepas dari dikenakan denda sebanyak RM15 ribu ringgit diatas kes kelewatan menghantar laporan tahunan setiap tahun.

Perodua SponsorLink

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.